Ku Ukir Nama Mu
19 May 2012 | 5/19/2012 08:31:00 pm | 0 weird people
Assalamualaikum. Holla. Cerita kat bawah ni, Eyza amex dari majalah. HAHA. Ngahh bosan -.- Err... kalau rajin, baca lahh sampai habes. Kalau tak rajin, takya bace punssssssss takpe :D

Kisah ni tentang Jenny, seorang gadis dengan berat badan 90kg dan tinggi 160cmDapat anda semua bayangkan? Okayy :) Dia seorang penghidap obesiti. Tapi bukan berat badannya yang ingin aku cerita kan :'o . Kisah ni tentang nilai persahabatan yang tinggi

Jenny dilahirkan sebagai seorang gadis yang jelita, dikurniakan wajah yang cantik. Namun disebabkan oleh kekejaman ayah tirinya yang ingin memperkosanya, dia membenci hidupnya sekaligus menjadikan dirinya seorang gadis yang gemuk dan hodoh. Jenny mempunyai seorang jiran yang merupakan rakan sekelasnya, Jason. Jason satu-satunya manusia yang ingin bertegur sapa dengan Jenny. *Jangan salah faham ye* 

Jason sebenarnya hanya mempergunakan Jenny kerana Jenny sanggup melakukan apa sahaja untuknya agar tidak kehilangan satu-satunya " sahabat " yang dia punya. Segala perkara yang dilakukan Jenny untuk Jason tidak pernah dihargai. Namun satu peristiwa yang telah menyedarkan Jason betapa Jenny sangad menyayangi dirinya.

Jason : Jenny ! Cepat lahh sikid ! Aku tahu la kau nihh gemuk tapi bolehh tak kau cepad sikid ?! 
Jenny : Maafkan saya Jason. Beg awak ni berat sangad.

Jenny berasa sedih kerana ditengking oleh Jason. Dia tidak kisah diarah itu ini oleh Jason kerana dia amat menyayangi satu-satu kawannya itu, Jason.


Di dalam kelas.

" Kau dahh siapkan ke kerja sekolah yang aku suruh kau buat? " Tanya Jason. Tanpa banyak bicara Jenny menyerahkan kerja sekolah Jason. Begitulahh kehidupan Jenny sehari-harian. Dia diibaratkan sebagai hamba Jason. 
Makanan waktu rehat rehat Jason dibelikan. Beg Jason dipikulnya. Kerja sekolah Jason dibuatnya. Tidak kira dengan perkara remeh yang disuruh Jason. Jenny kandangkala berasa sedih diperlakukan begitu. Namu apabila mengingati peristiwa 3 tahun lalu, dia sanggup.


3 tahun lepas...

" Tolong! Tolong! Tolong! " jerit Jenny apabila ayah tirinya yang sedang mabuk ingin memperkosanya. Dengan tidak semena-menanya Jason yang terdengar jeritan Jenny, berlari menuju ke rumahnya dan terus sahaja menumbuk ayah tiri Jenny yang seperti telah dirasuk setan. Tidak cukup dengan menumbuk sahaja. Jason juga memukul ayah tiri Jenny dengan sebiji pasu. Ayah tiri Jenny pengsan dan Jason menelefon polis.

Sekarang ayah tiri Jenny sedang meringkuk didalam penjara dan Jenny hidup seorang diri berbekalkan wang ehsan daripada kerajaan setiap bulan. Ibunya telah lama meninggal dunia. Jenny hanya mampu mengeluh. 

Lamunan Jenny terganggu apabila dia mendengar suara Jason. 
" Jenny, jom kita pergi berkelah minggu hadapan! Semua orang dalam kelas kita pergi. Tapi kau jangan salah faham sebab aku bukan ajak kau untuk berkelah tapi untuk orang yang akan tolong pikul barang kita orang je! HAHAHAHAHA! " Kata-kata Jason itu disambut dengan gelak oleh rakan-rakan sekelasnya yang lain. Jenny hanya mampu menunduk dan mengangguk.


Di tempat perkelahan.

" Kau pergi main jauh-jauh nanti kita orang perlukan sesuatu kita orang akan panggil kau ! " Kata Jason. Dengan hati yang berat, Jenny berlalu. Dia sebenarnya ingin bersama-sama dengan orang lain menikmati perkelahan itu. Namun apakah daya, dia redha.

Jenny terjumpa sebuah batu yang amat besar selepas dia pergi meninggalkan kawan sekelasnya itu. Dia tersenyum dan bergegas mencari pisau lipat yang dibawanya. Dia mengukir sesuatu di atas batu itu dengan tulisan Korea yang dipelajarinya agar tiada siapa yang dapat membacanya. Kekhusyukan Jenny terganggu apabila dia terdengar bunyi bising dari arah tempat rakan-rakan sekelasnya berkelah.

Dia terus sahaja berlari ke sana tanpa sempat menyudahkan ukirannya. Dia terus berlari ke sana tanpa sempat menyudahkan ukirannya di atas batu itu. Dia mendapati semua rakan sekelasnya sedang mengerumuni Jason. Rupa-rupanya jantung Jason telah tertusuk dengan buluh yang runcing yang tidak sengaja dilempar oleh seorang rakan sekelasnya. Jenny terus menghubungi ambulans. 


Di hospital.

" Rakan anda mungkin tidak dapat diselamatkan kerana jantungnya telah rosak dan tiada jantung yang sesuai dengannya di sini. " Kata doktor yang merawat Jason.
Jenny terduduk dilantai hospital itu dengan baju dilumuri darah Jason.


6 tahun kemudian.

Jason berjalan-jalan di sekitar pantai itu. Memori 6 tahun lalu kembali berputar di dalam mindanya. 

Setelah sedar dari koma yang panjang. Jason terus sahaja menyebut nama Jenny. Dia trus sahaja menangis apabila dia mengingati yang telah menyebabkannya dia kembali hidup semula. Dia ternampak Jenny dengan penampilannya 3 tahun dahulu. Jenny hanya tersenyum kepadanya kemudian menyanyikan lagu "Someday" nyanyian penyanyi Korea yang tersohor, IU. Suara Jenny yang merdu itulah yang telah menyebabkan Jason tersedar dari komanya. 
Jason menangis sebaik sahaja dia diberitahu bahawa Jenny telah tiada kerana telah mendermakan jantungnya kepada Jason.


6 tahun dahulu di hospital.

" Doktor, saya nak dermakan jantung saya! Saya tak kisah saya mati asalkan Jason dapat hidup. Ramai orang yang memerlukan dia di dunia ni! " jerit Jenny. Doktor itu kehilangan kata-kata. Setelah menjalankan ujian darah, rupa-rupanya jantung Jenny amat sesuai untuk Jason. Sebelum Jenny masuk ke bilik pembedahan, dia sempat meletakkan earphone-nya yang sedang memainkan lagu kegemarannya " Someday ". Lagu " Someday " yang dibenci Jason ke telinga Jason sebagai tanda perpisahan.

Lamunan Jason mati apabila Kim Jang Keun, rakan sekuliahnya dari Korea menjerit memanggil namanya. Dia bergegas menuju ke arah Kim Jang Keun. Kim Jang Keun menunjukkan ukiran di atas sebuah batu dengan tulisan Korea. 
" Saya mana tahu baca bahasa awak la, Jang Keun! Memanglahh awak pandai bahasa Malaysia, tapi saya tak belajar bahasa Korea. " Kata Jason. Jang Keun pun membacakan kata-kata di atas batu itu yang berbunyi seperti :


  • Aku mempunyai seorang kawan yang amat aku sayangi, Jason. Aku akan sentiasa menyayanginya walaupun aku telah mati! Jenny Love Jas


Ejaan Jason yang tidak sempat diukir oleh Jenny telah diukir semula oleh Jang Keun. Jason terduduk di hadapan batu itu. Sekarang baru dia mengetahui begitu dalamnya kasih sayang Jenny terhadapnya sebagai seorang sahabat. Jason menangis dan berdoa Jenny sentiasa bahagia di alam sana. 





-TAMAT-





put your welcome word here. put your welcome word here. put your welcome word here. put your welcome word here.

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
about you here. about you here. about you here. about you here.about you here. about you here.
"
Follow Dashboard